welcome to my life "love"

Khamis, 24 Februari 2011

Rindu kaMu juga (maafkan Aku)

Hari ini aku tiba2 menangis bila sahrul tnya macam mana aku dengan ika..tah bila aku ingat balik,asa bersalah pada kawan aku, yang selama neh aku  x tahu salah aku... mungkin semua ne kita x minta unutk berjauhan atau berpisah.. aku sayang kan semua kawan2 aku.yang paling aku pentingkan ialah kawan.kerana kawan yang membuatkan hidup aku lupakan semua sedih aku..tapi kali ni mungkin aku telah sakitkan hati seorang yang bernama kawan...

Banyak kan kenangan kita ....aku rindu dengan jeritan,suara,dan banyak lagi yang aku rindukan pada kau(eika)aku x boleh nak kata apa,hanya maaf yang dapat aku ungkapkan untuk setiap kesalahan aku pada semua org termasuk kau.eika sebenarnya aku baru sedar bila kau kata yang perangai aku dah berubah sejak ada teman yang istemewa dalam hidup aku.. kau kata aku x pandai bahagi masa untuk kawan2.. Aku tahu aku x pandai bahagikan masa untuk berkumpul dengan kau dan kawan yang lain,tapi itu x bermakna yang aku dh lupakan dan singkirkan korang. Satu jer yang aku fikir, masa bila kita nak bersama macam dulu aku kelas pagi kau kelas petang,bila balik rumah ko x ada,tiba  malam semua ada kat rumah masing2 dalam bilik..ko x keluar2,so masa bila nak bercakap, aku bukan x penah fikir semua tu,tapi aku x pandai nak curi hati korang semua..(dh pening).


Eika aku sayangkan ko,dan aku sayang dengan kawan2 aku yang aku dh anggap korg macam keluarga aku,korang jerlah tempat aku menagis dan ketawa. Eika ko masih ingt masa kat Cova aku nagis gila2 bila gaduh dengan budak F tu,sapa yang pujuk aku masa tu kalau bukan kau,kau kata (dah lar nekti x payah nagis,ko tu dh lar ada asma,anti sakit lagi ko susah).. aku x penah lupa bila setiap kenangan kita.. nyanyi berdua dalam bilik gelap2 sambil jerit2 lagu jiwang pulak tu sambil bercahayakan lampu jalan,ko x tahu nyanyi tapi aku tolong ko nyanyi,tiba2 ko pegang hp,aku pelik tgk ko,rupa2nya ko record masa aku nyanyi tu..banyakkan kenangan kita berdua saja dah banyak... 


Eika,ko mmg suka cakap lepas,tapi aku x terasa bila sikit pun ko cakap,sbb aku tahu itu perangai ko,apa-apa pun aku nak sangat kita macam dulu,kalau tidak hari ini esok pun x apalah.asalkan kita bersatu macam dulu..
tentang nina ko perlu tahu ape salahnya kau pada dia.. aku sayangkan ko so aku minta maafkanlah aku,kalau aku salah bagi kau....

aku dah x tahan menahan airmata bila aku baca Blog kau..so aku tulis ini untuk aku ingat sampai akhir nyawa aku.. 

ingat waktu ini
miss you.... <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan